Pengenalan

Dewan Perniagaan & Keusahawanan Selangor (DEPENSEL) didaftar bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan ditubuhkan pada 16 Julai 2018 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.


DEPENSEL berfungsi sebagai satu badan pentadbiran serta pemudahcara dengan matlamat mengiringi usahawan korporat menuju ke arah inovasi dan transformasi dalam berbilang sektor perniagaan. 


DEPENSEL menekankan idea inovasi dan transformasi yang mendatangkan pembaharuan dasar-dasar dan undang-undang dalam perniagaan dengan mengkaji, menyelidik serta menginovasi mengikut peredaran masa, demi manfaat seluruh rakyat Malaysia.

Visi

Pemacu Transformasi Usahawan Berinovasi


Visi ini mencerminkan aspirasi untuk menjadi peneraju utama dalam membentuk ekosistem keusahawanan yang dinamik, progresif, dan berdaya saing tinggi melalui pemerkasaan inovasi serta transformasi strategik.


Sebagai pemacu perubahan, kami komited untuk membangunkan usahawan yang bukan sahaja cekap dalam bidang masing-masing, tetapi juga berdaya tahan dan mampu mengadaptasi teknologi serta pendekatan baharu dalam perniagaan. Dengan menitikberatkan pembudayaan inovasi, kami berusaha melahirkan pemimpin industri yang berfikiran global dan mampu mencipta nilai baharu dalam pasaran yang semakin kompleks.


Kami percaya bahawa transformasi keusahawanan yang mampan hanya dapat direalisasikan melalui sinergi antara pemikiran kreatif, teknologi terkini, dan strategi perniagaan yang berorientasikan masa depan. Dengan itu, visi ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif serta kemajuan perniagaan yang berimpak tinggi di peringkat nasional dan global.


Misi

  • Menerajui pembangunan ekonomi dan komuniti perniagaan yang mampan, progresif & proaktif di peringkat lokal dan global.


  •  Pemudahcara perolehan dana dan pembiayaan.


  • Rangkaian kerjasama & Kolaborasi untuk pasaran domestik dan antarabangsa.


  •  Pendigitalan perniagaan.


Objektif

Memastikan pengurusan DEPENSEL yang professional dan efisien menerusi khidmat tenaga kerja yang professional dan berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan keusahawanan.

Mencipta dan membangunkan peluang menerusi aktiviti permadanan perniagaan (Business Matching) dan trade mission untuk perniagaan baru yang lebih berinovasi untuk menghasilkan keuntungan maksima dan berpanjangan.

Menyusun atur perkhidmatan latihan serta pendidikan yang berkala termasuk modul pentadbiran, pengurusan kewangan, pemasaran, pemprosesan dan lain-lain.

Mengadakan pertemuan secara terus diantara ahli DEPENSEL dan agensi-agensi kerajaan, bank dan syarikat swasta untuk dana pelaburan dan pembiayaan perniagaan.

Mempromosikan penggunaan teknologi digital dalam urusan perniagaan menerusi khidmat nasihat kementerian, agensi-agensi kerajaan.

Meluaskan rangkaian dalam konteks pembangunan perniagaan dalam usaha strategik untuk memperluas hubungan profesional, kolaborasi, dan jangkauan pasaran bagi meningkatkan peluang perniagaan.

Carta Organisasi

Rakan Strategik

Aktiviti DEPENSEL

PROGRAM MINI KARNIVAL PEMBAHARUAN LESEN 2024 KE ARAH USAHAWAN KUASAI DIGITAL – 19 DISEMBER 2024

MPAJ telah mengadakan Program Mini Karnival Pembaharuan Lesen 2024 Ke Arah Usahawan Kuasai Digital pada 19 Disember 2024

Galeri

Hubungi Kami